Wednesday, 12 December 2012

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan

 

Apakah kesan jika mengambil gula tambahan secara berlebihan?


Berikut merupakan kesan-kesan pengambilan gula tambahan yang berlebihan.

1.  Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
2.  Mengganggu imbangan galian dalam badan.
3.  Kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.  Kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cerdas.
5.  Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6.  Meningkatkan paras trigliserid.
7.  Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8.  Merosakkan buah pinggang.
9.  Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payudara, ovari, prostat dan dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar), wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Hipoglisemia.
21. Perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Punca utama obesiti.
28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
29. Bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.

3 Tips Gaya Hidup Sihat


Konsep Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat


Makanan Alternatif-Filem Negara


Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2


Kurangkan Pengambilan Gula 1

 
 
                                         

Sunday, 9 December 2012

Risiko Penyakit Berbahaya



Apakah risiko penyakit berbahaya yang akan dan mungkin dihidap oleh kita semua jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang seimbang?


Apakah makanan seimbang yang perlu diambil supaya dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya?

MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.


Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Gaya Hidup Sihat 2

http://www.scribd.com/doc/52494292/GAYA-HIDUP-SIHAT-Makanan-Seimbang

http://sususejat.com/tips-melatih-anak-menjalani-gaya-hidup-sihat/

Saturday, 6 October 2012

Selamat datang ke Blog Cikgu Teng

Hi,Salam sejahtera,
 
Selamat melayari blog cikgu Teng.Semoga beroleh maafaat darinya.
 
Terlebih dahulu,mari enjoy lagu.