Makanan Bervitamin


a)      Makanan Seimbang
A.Apakah itu makanan seimbang?
 Mengikut sumber terbaru dari U.S. Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah mengandungi:

• 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
• 3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
• 2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
• 2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
• 2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
• Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

B.Kepentingan makanan seimbang
1. Daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit
Makanan bervitamin menjaga kesihatan badan ,contohnya

 
1.1-Tiamina (Vitamin B1)
Sumbernya  :Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering
Kepentingan:Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot.

                      Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.


1.2- Riboflavin (Vitamin B2)
Sumbernya  :Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
Kepentingan:Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.


 1.3 -Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
Sumber        :Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
Kepentingan:Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu   mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

1.4- Piridoksin (Vitamin B6)
Sumber         :Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang
Kepentingan :Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

2. Tumbesaran kanak-kanak
a-makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi.

b-mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka.
c-amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan  

   garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik   seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewasa kelak.
   
3. Pesonaliti yang cergas dan meyakinkan
a-makanan seimbang sudah tentu memberi manfaat kepada seseorang
b- seseorang akan kelihatan sihat dan cergas serta mempunyai produktiviti tinggi dalam pekerjaan ataupun pengurusan.
c-sudah tentu syarikat gergasi tidak akan memilih calon yang sering sakit ataupun mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.

4. Menjimatkan kos perubatan
a-apabila sihat, sudah tentu kos perubatan boleh diminimakan
b-pada zaman moden, ramai institusi keluarga terpaksa memperuntukkan kos perubatan untuk setiap bulan. Sekiranya amalan makanan seimbang dipraktikkan, sudah tentu insititusi keluarga tidak perlu pening kepala untuk memikirkan wang untuk membeli ubat ataupun pembedahan. Kadangkala kos pembedahan membelanja beribu-ribu ataupun berpuluh ribu.

Faktor-faktor pengabaian makanan seimbang
1. Tahap kesedaran makanan seimbang yang rendah
a-masyarakat kurang sedar tentang kepentingan makanan seimbang kerana kurangnya pendedahan.
b-kempen kesedaran makanan seimbang juga dilaksanakan secara bermusim. Jadi, tidak hairanlah semangat mengamalkan makanan seimbang mudah luntur dengan begitu cepat.

2. Budaya makanan segera
a-promosi makanan segera yang begitu menyelerakan sudah tentu meluntun hati pembeli untuk mencubanya. Selain itu, masyarakat yang dihimpit dengan lambakan tugasan harian nescaya memilih jalan pintas untuk mengisi perut yang kosong. Makanan segera bukan sahaja memudahkan dari aspek penyediaan malah menjimatkan masa, wang dan tenaga.

3. Tekanan sosioekonomi
a-kadangkala terdapat juga sebilangan institusi keluarga yang daif dalam kehidupan sukar untuk mengamalkan makanan seimbang.
b-tekanan pekerjaan yang menelan masa yang panjang sudah tentu sukar bagi seseorang menyediakan makanan yang seimbang.


Risiko Kekurangan Makanan Seimbang
1. Serangan Penyakit/penyakit kronik
             Kekurangan Niasin (Vitamin B3) -
Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
             Lebih Dos Niasin (Vitamin B3)  :
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah

             Kekurangan Piridoksin (Vitamin B6)
Kekurangannya boleh menyebabkan Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos  Piridoksin (Vitamin B6)
Kerosakan pada sistem saraf.


2. Kurangnya produktiviti dan tidak bersemangat
-makanan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang mudah menghidap penyakit dan sudah tentu mengganggu produktiviti mereka.
-keadaan ini sudah tentu merugikan syarikat yang mengaji pekerja yang kurang produktif.

3. Meningkatkan kos perubatan
-badan yang tidak sihat sudah tentu akan memerlukan rawatan. Sekiranya penyakit kronik yang dihidap, kos perubatan juga berlipat ganda.
-keluarga yang kurang mampu nescaya bergantung kepada pihak kerajaan. Keadaan ini telah membebankan pihak kerajaan yang terpaksa memperuntukkan lebih banyak utnuk pembiayaan kos perubatan rakyat.

            Sumber daripada:
            Engkabang.net /Ng Ai Fen


 http://forum.engkabang.net/index.php?action=printpage;topic=3335.0

2 comments:

  1. Merujuk maklumat tersebut. kepentingan kesihatan haruslah sentiasa dijaga. Baik.

    ReplyDelete
  2. Rujukan yang amat teliti. Terima kasih.

    ReplyDelete